Pemain dan pengurus England meninggalkan Qatar selepas tewas pada suku akhir kepada Perancis. FOTO Reuters
Pemain dan pengurus England meninggalkan Qatar selepas tewas pada suku akhir kepada Perancis. FOTO Reuters
Agensi

Doha: Kapten Harry Kane berkata England akan menggunakan kekalahan ke atas Perancis untuk lebih kuat dari segi mental dan fizikal untuk cabaran seterusnya ketika mereka dalam perjalanan pulang negara asal dari Piala Dunia di Qatar.

England tewas 1-2 pada suku akhir, dengan Kane terlepas peluang menyempurnakan penalti di minit ke 84, selepas menyamakan kedudukan buat England serta meledak rekod 53 gol.

Skuad kendalian Gareth Southgate meninggalkan hotel mereka di Al Wakrah sebelum terbang pulang ke negara mereka.

"Betul-betul selesai." kata Kane.

Menulis di media sosial, penyerang Tottenham itu berkata: "Kami sudah memberikan semuanya dan ia datang kepada butiran kecil bahawa saya bertanggungjawab. Tiada apa yang disorokkan, ia amat mengecewakan dan ia akan mengambil sedikit masa untuk melupakannya tetapi ini adalah sebahagian daripada sukan.

"Kini adalah mengenai menggunakan pengalaman ini untuk lebih kuat dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi cabaran akan datang. Terima kasih kerana sokongan semua sepanjang kejohanan - ia memberi makna cukup besar."

Bercakap mengenai kegagalan Kane menyempurnakan penalti, bekas penyerang England, Alan Shearer berkata ia adalah lumrah kehidupan bagi seorang penyerang dan pengalaman yang cukup berharga.

"Ini adalah kehidupan seorang penyerang. Anda meletakkan diri anda dalam keadaan ini dan ia akan menghantui Harry sepanjang kehidupannya." katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Disember 2022 @ 1:54 AM