AKSI  Richarlison  menjaringkan gol kedua  Brazil di Stadium Lusail.  FOTO AFP
AKSI Richarlison menjaringkan gol kedua Brazil di Stadium Lusail. FOTO AFP
Reuters

Lusail, Qatar: Brazil menewaskan Serbia 2-0 dalam aksi pertama mereka di Piala Dunia awal pagi tadi dengan Richarlison meledak dua gol pada babak kedua namun kemenangan itu namun dibayangi kecederaan buku lali Neymar.

Richarlison dalam prestasi terbaik ketika menyarung jersi Brazil tahun ini dan dia membuka tirai jaringan dengan tolakan mudah sebelum melakukan aksi akrobatik untuk gol keduanya.

Jaringan itu yang kesembilannya untuk Brazil dalam tujuh perlawanan tahun ini membolehkan mereka memintas Switzerland yang menewaskan Cameroon 1-0 untuk menduduki tangga teratas Kumpulan G manakala Serbia terakhir.

"Seperti profesor kami Tite kata, 'anda menghidu gol' dan itu yang berlaku," kata Richarlison.

"Ia malam indah, kemenangan cantik dan kini kami ada enam perlawanan lagi untuk mencapai misi."

Keputusan Tite menurunkan empat penyerang Neymar, Vinicius Jr., Raphinha dan Richarlison ternyata menjadi dengan gergasi Amerika Selatan itu mendominasi perlawanan memaksa Serbia bekerja keras.

Vinicius menggunakan kelincahan dan kepantasan untuk mengatasi lawan manakala Neymar yang lebih bebas mempunyai banyak ruang tetapi benteng Serbia tangkas bertahan pada babak pertama.

Bagaimanapun, malam cemerlang Brazil dibayangi kecederaan buku lali Neymar minit ke-80 selepas dikasari Nikola Milenkovic.

Ia kaki kanan sama dihadapi Neymar sebelum ini dan penyerang Paris St Germain itu yang juga pemain termahal dunia duduk di bangku simpanan dengan menutup muka ketika menerima rawatan.

Doktor pasukan Brazil berkata, mereka memerlukan satu atau dua hari sebelum menilai tahap kecederaan tetapi Tite yakin pemain berusia 30 tahun akan terus beraksi di Piala Dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 November 2022 @ 7:20 AM