Pemain Brazil menjalani latihan menjelang aksi menentang Switzerland di Stadium 974. FOTO AP
Pemain Brazil menjalani latihan menjelang aksi menentang Switzerland di Stadium 974. FOTO AP
Reuters

Doha: Fred dan Eder Militao menggantikan tempat pemain yang cedera Neymar dan Danilo dalam skuad Brazil bagi aksi Kumpulan G Piala Dunia berdepan Switzerland.

Neymar dan Danilo terpaksa diketepikan pada aksi peringkat kumpulan selepas mengalami kecederaan pergelangan kaki ketika kemenangan 2-0 ke atas Serbia pada aksi pembukaan pasukan itu.

Jurulatih Brazil, Tite memilih gandingan Fred bersama rakan sepasukannya di Manchester United, Casemiro untuk memperkuatkan bahagian tengah, meletakkan Paqueta bagi membantu serangan. Rodrygo pula bergandingan bersama Vinicius, Richarlison dan Raphinha.

Pertahanan serba boleh Real Madrid, Militao akan menggantikan bahagian pertahanan kanan yang sebelum ini di isi Danilo.

Pengendali Switzerland, Murat Yasin melakukan satu perubahan dalam pasukan yang memulakan perlawanan ketika menang 1-0 ke atas Cameroon dengan Fabian Rieder menggantikan Xherdan Shaqiri.

Senarai kesebelasan utama

Brazil: Alisson; Eder Militao, Thiago Silva (K), Marquinhos, Alex Sandro; Casemiro, Fred, Lucas Paqueta; Vinicius Jr., Raphinha, Richarlison.

Switzerland: Yann Sommer, Silvan Widmer, Nico Elvedi, Manuel Akanji, Breel Embolo, Remo Freuler, Granit Xhaka, Ricardo Rodriguez, Djibril Sow, Ruben Vargas, Fabian Rieder.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 November 2022 @ 11:51 PM