Penyerang Sepanyol Ferran Torres dan Gavi meraikan jaringan menentang Costa Rica. FOTO AFP
Penyerang Sepanyol Ferran Torres dan Gavi meraikan jaringan menentang Costa Rica. FOTO AFP
Reuters

Doha: Sepanyol membelasah Costa Rica 7-0, juga antara kemenangan terbesar dengan jumlah jaringan besar di Piala Dunia oleh pasukan itu.

Kesemua jaringan dihasilkan menerusi dua gol daripada Ferran Torres dan jaringan daripada lima pemain Sepanyol untuk memberi amaran jelas bagi pasukan lain di Qatar.

Sepanyol sedar kekalahan mengejut yang dialami Argentina memberi tamparan hebat buat setiap pasukan ketika skuad itu turut dilabel antara pilihan menjuarai kejohanan.

Bagi saingan Kumpulan E itu Jerman berada di kedudukan terbawah apabila dikejutkan Jepun 2-1 pada aksi pembukaan mereka yang berlangsung lebih awal.

Sepanyol tidak menunggu lama untuk meledak jaringan mengatasi Costa Rica dan mendahului 3-0 selepas 30 minit permainan.

Dani Olmo menjaringkan gol pada minit ke-11 ketika bertukar hantaran bersama Gavi sebelum meledak bola lambung mengatasi penjaga gol Costa Rica, Keylor Navas.

Sepuluh minit kemudian, Marco Asensio menjaringkan gol kedua pada jarak dekat selepas menerima umpanan Jordi Alab.

Torres menyempurnakan penalti pada minit ke-31 dan pemain sayap Barcelona itu meledak gol kedua peribadi dalam perlawanan itu pada minit ke-54.

Gavi pemain termuda yang mewakili Sepanyol di Piala Dunia, meletakkan nama dalam senarai penjaring apabila percubaan menerusi sepakan voli leret menerjah ke penjuru kanan gawang gol pada minit ke-74.

Pemain gantian Carlos Soler dan Alvaro Morata masing-masing turut menjaringkan gol.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 November 2022 @ 2:30 AM