MUSIALA (kiri) diharap menyinar di Piala Dunia Qatar. FOTO AFP
MUSIALA (kiri) diharap menyinar di Piala Dunia Qatar. FOTO AFP
AFP

Berlin: Pengurus Bayern Munich Julian Nagelsmann memuji perkembangan penyerang, Jamal Musiala, dengan berkata remaja itu boleh menjadi 'lebih baik' untuk Jerman pada Piala Dunia di Qatar.

Musiala, yang dibesarkan di England dan mewakili Three Lions di peringkat remaja tetapi beralih kesetiaan kepada Jerman, mencipta kedua-dua gol Bayern dalam kemenangan 2-0 mereka di Schalke.

Nagelsmann berkata Musiala, yang kini menjaringkan sembilan gol dan enam bantuan jaringan dalam 15 perlawanan musim ini, komited untuk membangunkan dan meningkatkan permainannya.

"Jamal Musiala sekali lagi mencipta dua gol. Dia bermain dalam separuh masa pertama yang cemerlang dan diharapkan akan bermain lebih baik dalam Piala Dunia dan separuh kedua musim (Bundesliga)

"Dia mendengar dengan baik, juga mahu berkembang dalam pertahanan dan berkembang dengan sangat baik.

"Dia mempunyai kaki yang sangat lincah, seperti kaki ular - lantunan sentiasa kelihatan mendarat di hadapan kakinya," kata Nagelsmann kepada televisyen Jerman.

Musiala menjadi pemain Bayern termuda yang beraksi 100 perlawanan di Bundesliga pada usia 19 tahun dan 259 hari.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 November 2022 @ 12:34 PM