PAVARD (kanan) meraikan jaringan yang disempurnakan ketika berdepan Barca. FOTO Reuters
PAVARD (kanan) meraikan jaringan yang disempurnakan ketika berdepan Barca. FOTO Reuters
AFP

Barcelona: Pengendali Bayern Munich, Julian Nagelsmann berpuas hati dengan corak permainan yang ditampilkan anak buahnya bagi membolehkan mereka memalukan Barcelona di laman sendiri dalam saingan Liga Juara-Juara.

Kelab Bundesliga itu merangkul tempat teratas Kumpulan C dengan kemenangan 3-0 ke atas Barcelona yang sudah pun tersingkir, sebelum sepak mula di Camp Nou.

"Ia persembahan meyakinkan, kami sabar, memegang bola, kami tahu Barca akan bermain dengan baik, kami menunggu saat yang sesuai dan pertahanan juga tampil cemerlang.

"Ia perlawanan yang sangat cemerlang buat kami, kami sangat efisyen dan bermain dalam perlawanan terbaik," kata Nagelsmann.

Bekas penyerang Bayern, Robert Lewandowski, yang berpindah dari Allianz Arena ke Camp Nou pertengahan tahun ini, sekali lagi kecewa, kerana tidak dapat membolosi gawang pasukan lamanya.

Bayern membuka jaringan seawal minit ke-10 menerusi Sadio Mane di hadapan kira-kira 84,000 penonton.

Mereka mengukuhkan kedudukan selepas meraih gol kedua menerusi Eric Maxim Choupo-Moting.

Benjamin Pavard menambah satu lagi gol ketika Bayern mencatat kemenangan keenam berturut-turut mengatasi Barca.

Bayern yang sudah mengesahkan kemaraan, beraksi tanpa penjaga gol yang cedera, Manuel Neuer, pertahanan Lucas Hernandez dan pemain sayap, Leroy Sane, namun masih menurunkan barisan terkuat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Oktober 2022 @ 10:58 AM