VINICIUS (kiri) menjaringkan gol kedua Real. FOTO EPA
VINICIUS (kiri) menjaringkan gol kedua Real. FOTO EPA
AFP

Madrid: "Ada hari seperti ini, apabila bola tak nak masuk."

Itulah pendapat pemain tengah Real Madrid, Toni Kross selepas pasukannya hanya mencatat kemenangan tipis 2-1 Shakhtar Donetsk dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

"Ini adalah perlawanan yang kami mampu menang 7-1 atau lebih kurang seperti itu, namun akhirnya tetap tiga mata, ia lebih penting

"Matlamat asal adalah untuk layak secepat mungkin, kami meraih sebanyak mata yang kami mampu. Ia tidak mustahil untuk melakukan lebih baik. Kami tetap mahu mencatat kemenangan minggu depan dan mengesahkan kemaraan," kata Kross.

Pasukan bimbingan Carlo Ancelotti itu yang juga penyandang juara memberikan tugas mudah buat lawan dari Ukraine itu yang terpaksa melalui perjalanan 10 jam ke Madrid kerana peperangan di negara mereka.

Jaringan Rodrygo dan Vinicius Junior memberikan sedikit perbezaan buat juara 14 kali itu yang hanya menguasai perlawanan tapi tumpul dari segi penyudah selain ketangkasan penjaga gol lawan, Anatoliy Trubin.

Selepas tiga perlawanan Real mendahului lima mata dengan pasukan tempat kedua, Shakhtar, manakala RB Leipzig yang mengalahkan Celtic 3-1 dalam satu lagi perlawanan Kumpulan F menduduki tempat ketiga.

Rodrygo memecah kebuntuan pada minit ke-13 hasil rembatan rendah dari luar petak penalti.

Dia sudah kehilangan bola hasil sentuhan pertama sebelum melantun semula kepadanya dan melepaskan rembatan menumpaskan Trubin.

Pada minit ke-28 Vinicius menambah gol kedua Real untuk menggembirakan penyokong di Santiago Bernabeu.

Bagaimanapun, mereka dihukum menerusi serangan balas pantas pada minit ke-39.

Ia adalah serangan pertama Shakhtar namun mampu menghasilkan gol apabila Oleksandr Zubkov menyambar hantran silang Bogdan Mykhaylichenko sebelum melakukan penyudah akrobatik.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Oktober 2022 @ 8:17 AM