GAYA  Vinicius Junior (kiri) meraikan jaringan. FOTO AFP
GAYA Vinicius Junior (kiri) meraikan jaringan. FOTO AFP
AFP

Madrid: Real Madrid berdepan tamparan hebat dalam misi mengejar pendahulu La Liga, Atletico Madrid apabila terpaksa memerlukan jaringan lewat Vinicius Junior ketika seri 1-1 dengan Real Sociedad awal pagi tadi.

Ia mungkin menjadi lebih buruk kepada skuad Zinedine Zidane jika tidak kerana gol Vinicius pada minit ke-89 sekaligus mengelak kekalahan ketika Atletico dan Barcelona menang aksi masing-masing.

Kemenangan Atletico ke atas Villarreal pada Ahad lalu meletakkan mereka enam mata di depan Real Madrid tetapi berkurangan menjadi lima menjelang pertembungan 'derby' Madrid di Wanda Metropolitano minggu depan. Atletico turut beraksi kurang satu perlawanan.

Keputusan seri itu menamatkan lima kemenangan berturut-turut Real Madrid manakala jaringan Real Sociedad menerusi tandukan Portu pada awal babak kedua adalah yang pertama dibolosi juara bertahan itu dalam lima aksi terakhir mereka.

"Kami tak putus asa,'' kata penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois. "Kami boleh menang, fizikal kuat dan kami dapat kembali pemain. Masih banyak masa untuk berjuang dalam La Liga."

Barcelona pula terus memastikan mereka tidak ketinggalan dalam persaingan memburu gelaran liga apabila menewaskan Sevilla pada Sabtu lalu dan kini sama mata dengan Real Madrid selain beraksi kurang satu perlawanan. Manakalal Real Sociedad tempat kelima dengan empat teratas sukar dicapai.

Madrid mempunyai 20 percubaan berbanding enam milik Real Sociedad tetapi kurang mengancam pada 20 minit terakhir ketika Karim Benzema tidak beraksi akibat kecederaan.

Pelawat terlebih dahulu di depan selepas Portu yang mendapat hantaran lintang Nacho Monreal tangkas menanduk bola melepasi jangkauan Courtois.

Zidane yang menyedari skuadnya berdepan masalah di bahagian depan memasukkan Vinicius, Rodrygo dan Hugo Duro. Percaturannya berhasil apabila dia menjaringkan gol penyamaan menerusi rembatan selepas mendapat hantaran Lucas Vazquez.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Mac 2021 @ 8:04 AM