VAN Dijk (tengah) dikeluarkan ketika bertemu Chelsea di final Piala  FA namun dijangka cergas berdepan Real Madrid.
VAN Dijk (tengah) dikeluarkan ketika bertemu Chelsea di final Piala FA namun dijangka cergas berdepan Real Madrid.
AFP

London: Pengendali Liverpool Jurgen Klopp yakin Mohamed Salah dan Virgil van Dijk akan cergas untuk diturunkan menentang Real Madrid pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara biarpun mereka dikeluarkan ketika melakarkan kemenangan pada perlawanan akhir Piala FA menewaskan Chelsea Sabtu lalu.

Kedua-dua mereka akan diketepikan dari skuad Klopp apabila berkunjung ke Southampton sebagai langkah berjaga-jaga biarpun The Reds masih lagi berusaha untuk merebut gelaran Liga Perdana.

Ditanya sama ada mereka boleh bermain di St Mary, Klopp berkata: "Tidak. Kedua-dua mereka okey jadi sasaran untuk mereka adalah untuk diturunkan semula pada hujung minggu.

"Ia sangat positif, tiada keraguan mengenai perlawanan akhir dan kami realistik tentang perlawanan Wolves (Ahad ini) tetapi untuk esok lebih baik tidak."

Anak buat Klopp diberi harapan baru untuk menjulang kejuaraan apabila pasukan Manchester City bimbingan Pep GUardiola keciciran dua mata selepas seri 2-2 di West Ham, Ahad lalu.

City yang juga juara bertahan masih mempunyai baki satu perlawanan dan kini empat mata berada di puncak liga dengan kelebihan gol berbanding pesaing mereka yang berbaki dua perlawanan.

Liverpool menewaskan Chelsea menerusi penalti pada final Piala FA hujung minggu lalu yang mencerahkan harapan mereka menang empat kejuaraan musim ini.

Pemain tengah Brazil, Fabinho yang tidak beraksi sebelum ini kerana kecederaan otot tidak bersedia untuk kembali tetapi pertahanan Scotland, Andy Robertson sepatutnya boleh kembali selepas mengalami kekejangan pada Sabtu.

"Apa yang saya boleh janji dan katakan ialah kami akan membariskan pasukan untuk hanya satu sebab – untuk cuba menang perlawanan di Southampton, walaupun ia sukar, kerana ia jelas ia adalah tugas yang perlu dilakukan," kata Klopp.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mei 2022 @ 7:41 AM