HANYA Tuchel dikenakan tindakan dihalang berada di garisan tepi padang. -FOTO Reuters
HANYA Tuchel dikenakan tindakan dihalang berada di garisan tepi padang. -FOTO Reuters
Reuters

London: Jurulatih Chelsea, Thomas Tuchel akan digantung dan tidak dibenarkan berada di garisan tepi padang apabila mereka melayan kunjungan Leicester City dalam aksi Liga Perdana malam ini berikutan tingkah lakunya ketika seri 2-2 dengan Tottenham Hotspur awal bulan ini.

Tuchel menuduh pegawai perlawanan membuat keputusan yang salah apabila Spurs berjaya mencuri satu mata di Stamford Bridge.

Kemarahan memuncak apabila Tuchel bertegang urat dengan pengendali Tottenham Antonio Conte yang menyaksikan mereka menerima kad merah.

Kedua-dua pengurus berkenaan di denda oleh FA namun hanya Tuchel akan menjalani hukuman larangan kerana dia didapati 'menjadi punca kepada perbalahan itu'.

"Pengurus (Tuchel) mengakui bahawa kelakuan selepas wisel penamat ketika perlawanan menentang Tottenham Hotspur adalah tidak wajar," kata FA dalam satu kenyataan.

"Suruhanjaya Pengawal seliaan bebas kemudiannya memerintahkan dia didenda £35,000 (RM183,445) dan digantung daripada garisan tepi untuk satu perlawanan semasa perbicaraan.

"Thomas Tuchel merayu terhadap hukuman itu tetapi ditolak oleh Lembaga Rayuan hari ini.

Chelsea kini berada di kedudukan ke-12 dengan empat mata selepas tiga perlawanan, lima mata di belakang pendahulu Arsenal.

Spurs berada di tempat keempat, dua mata di belakang pendahulu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Ogos 2022 @ 9:43 AM