RONALDO di kit khas United. -FOTO Agensi
RONALDO di kit khas United. -FOTO Agensi
Agensi

London: Manchester United melancarkan iklan pelancaran kit khas di tengah-tengah spekulasi berterusan mengenai masa depan Cristiano Ronaldo.

Ikon kelab itu dikatakan mahu meninggalkan Old Trafford musim panas ini, kurang 12 bulan selepas kepulangannya ke kelab itu, mengatakan kekecewaannya selain tidak mahu bermain dalam saingan Liga Europa musim depan.

Namun United tetap melancarkan kit khas dengan gambar Ronaldo namun memilih untuk tidak mengeluarkan iklan khas yang menampilkan Ronaldo bersama rakan legenda kelab dengan nombor tujuh, David Beckham dan Eric Cantona.

United mengeluarkan jersi baharu mereka untuk musim 2022-2023 di laman sesawang mereka dengan 'jersi laman sendiri tulen', sama seperti dipakai pemain dijual pada harga £100 (RM532.55).

Penyerang berusia 37 tahun itu dilihat memakai jersi merah bersama kolar putih United ketika kelab berkenaan mempamerkan jersi baharu mereka kepada peminat setia kelab di Old Trafford itu.

Ronaldo memakai jersi baharu itu walaupun kontroversi menyelubungi masa depannya di Old Trafford.

Kapten pasukan Portugal itu sebelum ini menyatakan kebimbangannya akan terus terperangkap di Manchester United apabila gergasi kelab Liga Perdana itu dengan tegas tidak mahu menjualnya pada sebarang harga.

Malah dia juga tidak menyertai siri lawatan pramusim ke Thailand kerana diberi masa rehat untuk menangani isu keluarga.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Julai 2022 @ 11:08 AM