BANYAK kelab dikatakan ingin khidmat De Jong. -FOTO Agensi
BANYAK kelab dikatakan ingin khidmat De Jong. -FOTO Agensi
Agensi

Madrid: Presdien Barcelona, Joan Laporta berkata kelab Catalan itu 'tidak berniat' menjual Frenkie de Jong musim panas ini.

Pemain tengah Belanda itu menjadi sasaran utama Manchester United kerana pengendalinya Erik ten Hag ingin mendapatkan pemain yang begitu berpengaruh ketika beliau mengendalikan Ajax.

Dilaporkan minggu lalu kedua-dua kelab mencapai persetujuan dalam rundingan mengenai De Jong ke Manchester United namun Laporta kemudiannya menolak perkembangan itu dengan mengatakan kelab itu ingat mengekalkannya pada musim panas ini.

Bercakap secara terbuka kepada salah satu perpindahan berprofil tinggi musim panas ini, Laporta berkata, banyak kelab ingin mendapatkan khidmatnya namun Barcelona akan terus memegang pemain yang dibeli mereka pada 2019 itu.

Beliau berkata: "Ada kelab yang mahukan dia, bukan hanya United. Kami tidak berniat untuk menjualnya, dia mahu kekal.

"Frenkie dianggap sebagai salah satu pemain tengah terbaik dunia oleh semua pakar bola sepak. Kami gembira memilikinya.

Status kewangan Barcelona ketika ini menyaksikan mereka perlu menurunkan pemain dan membawa membawa pemain masuk dan kemudiannya mendaftarkan mereka tepat pada masanya untuk musim ini.

"Saya akan melakukan segala yang boleh dengan kuasa saya supaya Frenkie akan kekal di sini. Tetapi terdapat juga isu gaji dan itu perlu diselaraskan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Julai 2022 @ 10:38 AM