AFP

Rabat: Sadio Mane dinobatkan sebagai Pemain terbaik Afrika di Rabat buat kali kedua.

Penyerang Senegal itu pertama kali memenangi penghormatan itu pada 2019 ketika dia bersama Liverpool.

Pemain berusia 30 tahun itu meninggalkan kelab Liga Perdana itu bulan lalu selepas menandatangani perjanjian tiga tahun dengan Bayern Munich.

"Saya amat berbesar hati dan sangat gembira menerima anugerah ini sekali lagi," kata Mane.

"Terima kasih kepada jurulatih saya, kelab saya dan rakan sepasukan antarabangsa dan rakan-rakan yang sentiasa ada bersama saya pada saat sukar."

Mane berada di ibu kota Maghribi itu untuk menerima anugerah berkenaan selepas menyempurnakan penalti buat pasukan baharunya ketika menang 6-2 mengatasi DC United di Washington, semalam.

Ia adalah anugerah pemain terbaik benua berturut-turut buat Mane selepas pandemik Covid-19 memaksa majlis berkenaan dibatalkan sejak dua edisi lalu.

Dia mengatasi bekas rakan sepasukan di Liverpool, Mohamed Salah dari Mesir dan rakan sepasukan Senegal dan penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy.

Mane dan Salah memainkan peranan penting musim lalu bersama Liverpool, yang merangkul Piala FA dan Piala Liga England serta bergelar naib juara Liga Perdana serta Liga Juara-Juara.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Julai 2022 @ 7:28 AM