AZPILICUETA (tengah) berjaya melepasi kawalan pertahanan Leicester  Luke Thomas (kiri). -FOTO AFP
AZPILICUETA (tengah) berjaya melepasi kawalan pertahanan Leicester Luke Thomas (kiri). -FOTO AFP
CHELSEA tamatkan musim di kedudukan ketiga carta. FOTO AFP
CHELSEA tamatkan musim di kedudukan ketiga carta. FOTO AFP
Agensi

London: Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel berkata menamatkan saingan di kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris sepatutnya dilihat sebagai 'keajaiban' tanpa kehadiran N'Golo Kante yang tidak bersama pasukan akibat kecederaan.

Blues terikat 1-1 dengan Leicester meletakkan mereka tiga mata di depan Tottenham di tempat keempat dengan berbaki satu perlawanan.

Bagaimanapun Chelsea mempunyai kelebihan gol yang besar iaitu 18 jaringan berbanding Spurs.

Kante terlepas lebih daripada separuh musim kerana dihantui kecederaan dan Tuchel berkata: "Dia adalah pemain yang membuat perubahan."

Pengendali Jerman itu berkata: "Saya fikir dia adalah pemain utama kami, kunci, kunci, kunci kepada pemain utama yang perlu berada di atas padang.

"Dia hanya bermain 40 peratus daripada saingan musim ini. Jadi mungkin satu keajaiban apabila kami berada di tempat ketiga liga.

"Kerana dia adalah Mo Salah kami, dia (Virgil) Van Dijk, dia kami punya (Kevin) De Bruyne, dia adalah pemain itu. Dia Neymar kami dan di Kylian Mbappe kami."

Chelsea tewas dalam perlawanan akhir Piala FA kepada Liverpool hujung minggu lalu pada awalnya ketinggalan di Stamford Bridge apabila sepakan lencong James Maddison curled berjaya menewaskan penjaga gol Edouard Mendy.

Bagaimanapun Marcos Alonso menyamakan kedudukan pada penghujung separuh masa pertama apabila menerima hantaran daripada Reece James dan melakukan voli yang menerjah gawang gol.

Chelsea dilihat mendominasi perlawanan pada babak kedua dan berpeluang cerah meraih tiga mata.

Namun sepakan percuma Hakim Ziyech dan percubaan Romelu Lukaku tersasar.

Keputusan itu bermakna Chelsea akan kekal di tempat ketiga, tiga mata di hadapan Tottenham dengan perbezaan gol yang lebih selesa.

Tuchel akan menamatkan musim ini di tempat sendiri akan melayan Watford yang sudahpun tersingkir daripada saingan liga manakala Leicester yang kini di kedudukan kesembilan akan akan berdepan Southampton.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mei 2022 @ 9:44 AM