PEMAIN tengah Liverpool, Luis Diaz meraikan jaringan yang mencipta kebangkitan Liverpool ketika menentang Villarreal. FOTO AFP
PEMAIN tengah Liverpool, Luis Diaz meraikan jaringan yang mencipta kebangkitan Liverpool ketika menentang Villarreal. FOTO AFP
AFP

Liverpool: Jumlah 57 perlawanan memenatkan diharungi Liverpool mungkin sia-sia apabila pendahuluan 2-0 mereka dipadamkan sebelum rehat oleh Villarreal yang memburu slot ke final Liga Juara-Juara Eropah buat kali pertama.

Sebaliknya, the Reds yang mara ke final buat kali ketiga dalam lima musim apabila mereka bangkit untuk menang 3-2, semalam dan melepasi separuh akhir dengan agregat 5-2.

"Sebelum perlawanan, saya memberitahu pemain mahu melihat tajuk berita 'raksasa mental berada di bandar ini," kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

Kini, hanya enam perlawanan memisahkan anak buah Klopp daripada pencapaian tidak pernah dilakar kelab Inggeris iaitu menang empat gelaran utama semusim.

Piala Liga sudah menjadi milik Liverpool selepas menewaskan Chelsea menerusi sepakan penalti di final pada Februari lalu dan mereka akan berentap di final Piala FA pada 14 Mei.

Manakala harapan Liverpool memenangi Liga Perdana Inggeris bergantung kepada Manchester City, yang mendahului dengan satu mata di tangga teratas pada kempen berbaki empat lagi perlawanan.

Malah, dua pasukan yang mendominasi bola sepak Inggeris sejak lima tahun lalu itu boleh berdepan semasa sendiri jika City mengatasi Real Madrid di separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi esok.

Kejutan terbesar adalah tiada kesangsian bahawa perjalanan Liverpool ke Paris untuk final 28 Mei ini, dalam keadaan selamat.

Dalam 28 perlawanan pada 2022 menjelang aksi di Sepanyol, semalam, hanya ketinggalan dengan jumlah keseluruhan 53 minit sahaja.

Namun, dalam tempoh tidak sampai sejam mereka ketinggalan di Estadio de la Ceramica pada ketika 'David mengancam untuk menewaskan Goliath' menerusi jaringan babak pertama Boulaye Dia dan Francis Coquelin.

Bagaimanapun, semuanya berubah apabila Klopp memasukkan pemain dibeli dengan harga £50 juta (RM272 juta) pada Januari lalu iaitu Luis Diaz.

Pemain tengah Colombia itu yang dibantu kesilapan pertahanan Villarreal, mencipta kebangkitan apabila Liverpool menjaringkan tiga gol menerusi Fabinho, Diaz dan Sadio Mane dalam masa 12 minit sahaja.

"Dia memang istimewa, pemain yang istimewa," kata said Andy Robertson mengenai Diaz.

"Bakat dimilikinya serta kemahuan untuk menang sangat sempurna bersama kami. Dia membawa perubahan besar."

Tradisi hebat Liverpool di Piala Eropah berlaku pada era 1970-an dan 1980-an apabila mereka menang empat kali selain menguasai bola sepak Inggeris.

Mereka sekali lagi menang ketika dibimbing Rafael Benitez pada 2005 apabila bangkit daripada ketinggalan 0-3 untuk menewaskan AC Milan menerusi sepakan penalti sebelum Klopp menewaskan Tottenham di final 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mei 2022 @ 7:40 PM