UNITED meraikan kemenangan mengatasi Brentford. -FOTO Reuters
UNITED meraikan kemenangan mengatasi Brentford. -FOTO Reuters
AFP

Manchester: Manchester United akan mengambil tindakan terhadap protes terbaru yang cetuskan peminat terhadap keluarga Glazer ketika mereka mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Brenford semalam.

Menjelang perubahan pada musim yang penuh masalah, Ralf Rangnick menang buat kali kedua dari tujuh perlawanan untuk menukar suasana toksik di Old Trafford.

Bruno Fernandes menjaringkan gol pada separuh masa pertama dan Cristiano Ronaldo menyempurnakan penalti pada separuh masa kedua sebelum pertahanan Perancis, Raphael Varane menyumbat gol pertamanya untuk United.

Biarpun memenangi perlawanan terakhir mereka di tempat sendiri musim ini, United kekal di tangga keenam Liga Perdana dengan baki dua perlawanan.

Mereka ketinggalan lima mata di belakang empat pasukan teratas tiada harapan yang realistik untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Di sebalik kemenangan itu, sekumpulan penyokong melancarkan protes terhadap pemilik kelab, Glazers.

Di luar stadium sebelum sepak mula, sekumpulan penyokong mengangkat sepanduk anti-Glazer, melempar bom asap merah dan menyanyikan lagu mengutuk pemilik kelab.

Penyokong United digesa oleh penunjuk perasaan untuk meninggalkan stadium ketika perlawanan berbaki 17 minit -satu minit mewakili tempoh Glazer yang berpangkalan di Amerika Syarikat memiliki kelab itu.

Walau apapun tidak dapat dinafikan kekecewaan yang dialami United untuk satu lagi musim tanpa trofi dan mereka tidak pernah memenangi Liga Perdana sejak 2013 dan kali terakhir menjulang trofi utama adalah lima tahun lalu.

"Dalam penguasaan bola ini adalah salah satu persembahan terbaik kami tahun ini. Ia adalah persembahan yang kami mahu tunjukkan kepada penyokong kami," kata Rangnick.

"Tapi pada akhirnya saya tidak berpuas hati dengan keputusan terutama untuk empat atau minggu lalu. Secara umumnya kami kurang konsisten.

"Sudah jelas beberapa pemain akan pergi dan terdapat keperluan untuk mendapatkan pemain berkualiti.

"Kelab lain hanya memerlukan dua atau tiga pemain pada jendela perpindahan ini. Saya percaya jika semua orang bekerjasama kami boleh membawa United kembali ke tempat yang kami mahukan."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mei 2022 @ 8:56 AM