ANCELOTTI (kira) dan pengurus Manchester City Pep Guardiola.-FOTO AFP
ANCELOTTI (kira) dan pengurus Manchester City Pep Guardiola.-FOTO AFP
Agensi

Manchester: Jurulatih Real, Carlo Ancelotti tidak pernah meragui akan kemampuan kaptennya, Karim Benzema untuk menjaringkan gol namun beliau akui kecewa dengan kesilapan dilakukan pemainnya.

"Perlawanan ini memberi kami pengajaran. Kami perlu bertahan dengan lebih baik," kata Ancelotti.

"Ia bukanlah keputusan yang bagus kerana mereka menjaringkan empat gol berdepan kami, ini langsung tidak bagus.

"Ia bermakna kami tidak bertahan dengan baik dan kami perlu lebih baik pada aksi kedua. Saya percaya ia adalah kuncinya."

Pengendali dari Itali itu juga merasakan bahawa kelebihan di laman sendiri terbukti amat penting dalam perlawanan kedua nanti.

"Kami sangat yakin dan teruja kerana kami percaya magis di Bernabeu," katanya.

Real ketinggalan dua gol sebanyak tiga kali pada saingan separuh akhir pertama di Stadium Etihad tetapi bangkit untuk hanya tewas 4-3 pada aksi menarik itu.

Benzema menjaringkan gol pada babak pertama dan menunjukkan ketenangan apabila skuad dari Sepanyol itu diberikan penalti pada penghujung aksi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 April 2022 @ 8:22 AM