BENZEMA raikan kejayaan gol ke-400. -FOTO EPA
BENZEMA raikan kejayaan gol ke-400. -FOTO EPA
Agensi

Madrid: Karim Benzema menjaringkan gol ke-400 dalam karier profesionalnya sebelum dia menambah satu lagi gol untuk pendahulu La Liga, Real Madrid menang 2-1 di Athletic Bilbao.

Kemenangan itu hadir selepas beberapa jam juara bertahan Atletico Madrid tewas perlawanan keempat liga berturut-turut ke 1-2 di Granada, melebarkan rekod terburuk mereka dalam pertandingan itu.

Seramai 12 pemain Madrid dan Bilbao terlepas perlawanan itu selepas diuji positif Covid-19 ia termasuk Luka Modric dan penjaga gol tuan rumah, Unai Simon.

Benzema mengganas dan membuka jaringan hasil sepakan lencong empat minit selepas perlawanan di San Mames sebelum dia sekali lagi meledakkan gol menjadikannya jumlah keseluruhan 15 gol musim ini.

Pemain Perancis itu menjadi pemain keenam yang menjaringkan lebih 30 gol dalam La Liga pada satu musim.

Oihan Sancet menghidupkan peluang apabila menjaringkan gol penyaman 10 minit selepas perlawanan.

Kesan daripada penularan wabak dalam Real Madrid membuka ruang buat Eden Hazard, Eduardo Camavinga dan Nacho Fernandez peluang membuat penampilan bersama yang jarang berlaku sebelum ini.

"Saya mahu menurunkan pemain yang jarang bermain sebelum ini bersedia apabila diperlukan.

"Ia adalah kekuatan pasukan yang mampu bersaing pada bila-bila masa," kata jurulatih Carlo Ancelotti yang mana pasukannya memasuki musim sejuk dengan 15 perlawanan berturut-turut tanpa kalah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Disember 2021 @ 11:07 AM