PENJAGA gol Southampton, Fraser Forster berusaha menyelamatkan gawangnya daripada ditembusi pemain Burnley.
PENJAGA gol Southampton, Fraser Forster berusaha menyelamatkan gawangnya daripada ditembusi pemain Burnley.
AFP

Burnley, United Kingdom: Burnley memperbaiki kedudukan untuk mengelak tersingkir daripada Liga Perdana selepas jaringan menarik Connor Roberts menjadi inspirasi kemenangan 2-0 ke atas Southampton awal pagi tadi.

Clarets menang kali pertama sejak pemecatan Sean Dyche hasil dua gol menarik menerusi rembatan lencung Roberts dan tandukan Nathan Collins.

Jaringan Roberts minit ke-12 itu yang pertama untuk Burnley sejak berpindah dari Swansea pada Ogos lalu dan terbukti menaikkan semangat rakan sepasukan.

Ia hanya kemenangan kelima mereka musim ini dan perlawanan kedua buat pengurus sementara, Mike Jackson sejak Dyche dipecat minggu lalu.

Burnley kekal di tempat tiga terbawah tetapi kini hanya satu mata di belakang Everton di tangga keempat yang beraksi kurang satu perlawanan.

Burnley menerima kunjungan Wolves Ahad ini manakala Everton berdepan pemburu empat gelaran Liverpool pada hari yang sama dan skuad Jackson berpeluang melonjak keluar daripada zon penyingkiran hujung minggu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 April 2022 @ 7:57 AM