AKSI pemain Burnley, Dwight McNeil (kiri) dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Watford baru-baru ini. FOTO Reuters.
AKSI pemain Burnley, Dwight McNeil (kiri) dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Watford baru-baru ini. FOTO Reuters.
Reuters

BURNLEY, England: Pemain sayap Burnley berusia 19 tahun, Dwight McNeil menandatangani kontrak baru empat tahun bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu selepas beberapa persembahan mengagumkan di bawah kendalian Sean Dyche.

McNeil, yang melakukan penampilan sulung pada perlawanan terakhir musim lalu, mengekalkan kedudukannya dalam pasukan utama, memulakan semua perlawanan ketika Clarets tidak kalah dalam empat aksi terakhir.

“Saya tidak memikirkan sampai ke sini tapi saya gembira ia berlaku secepat ini,” kata McNeil kepada laman web rasmi kelab.

“Saya fikir sudah menggunakan peluang sebaik mungkin dan harapnya saya boleh terus meningkat.”

McNeil yang dilahirkan di Rochdale menjadi sebahagian daripada pemain akademi Manchester United hingga dia dilepaskan ketika berusia 14 tahun sebelum disambar Burnley.

Pemain sayap kiri itu baru-baru ini mendapat perhatian jurulatih B-21 England, Aidy Boothroyd dan mungkin beraksi pada Kejohanan B-21 Eropah di Itali, Jun depan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 January 2019 @ 11:53 AM