AKSI Maradona menjaringkan gol menggunakan tangan ketika menentang England. FOTO Agensi
AKSI Maradona menjaringkan gol menggunakan tangan ketika menentang England. FOTO Agensi
Reuters

London: Jersi yang dipakai Diego Maradona ketika menjaringkan gol 'Hand of God' ketika menentang England pada Piala Dunia 1986 dijangka dilelong dengan harga lebih 4 juta pound (RM22 juta).

Jersi itu milik bekas pemain tengah England, Steve Hodge yang menukar jersinya dengan Maradona selepas Argentina menang 2-1 hasil jaringan legenda itu dengan gol kedua dianggap antara jaringan terhebat sepanjang zaman.

Hodge secara tidak sengaja menolak bola tinggi ke belakang sambil dikejar Maradona yang kemudiannya menggunakan tangan menolak bola melepasi penjaga gol England, Peter Shilton untuk gol pertama. Selepas kematian Maradona pada 2020, Hodge berkata jersi itu tidak untuk dijual.

Maradona yang membawa Argentina menjuarai Piala Dunia 1986 dianggap antara pemain terhebat dalam sejarah. Dia meninggal dunia pada usia 60 tahun pada 2020 akibat serangan jantung.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 April 2022 @ 11:00 PM