KETUA pasukan Liverpool Jordan Henderson (kanan) gembira selepas mereka mara ke suku akhir Liga Juara-Juara. FOTO EPA
KETUA pasukan Liverpool Jordan Henderson (kanan) gembira selepas mereka mara ke suku akhir Liga Juara-Juara. FOTO EPA
AFP

Liverpool: Liverpool mara ke suku akhir Liga Juara-Juara kali keempat dalam tempoh lima tahun walaupun tumpas 0-1 di Anfield kepada Inter Milan apabila gergasi England itu meloloskan diri dengan agregat 2-1.

Penyandang juara liga Itali itu tidak mampu untuk bangkit menyamai agregat selepas mereka tumpas 0-2 pada perlawanan pusingan kedua di laman sendiri tiga minggu lalu walaupun Lautaro Martinez melakukan rembatan cantik ke penjuru atas pintu gol Itali selepas sejam aksi berlangsung.

Sementara itu, Robert Lewandowski memecah rekod dengan meledak hatrik dalam tempoh 11 minit untuk membawa Bayern Munich mara ke suku akhir apabila mencatat kemenangan 7-1 di laman sendiri ketika berdepan Red Bull Salzburg.

Penyerang antarabangsa Poland itu mencetak tiga gol selepas 23 minit perlawanan berlangsung sekali gus muncul pemain paling pantas dapat melengkapkan hatrik dalam aksi Liga Juara-Juara tatkala Bayern sedikit goyah untuk mengatasi Salzburg sebelum ini.

Juara liga Austria itu berjaya mengikat Bayern 1-1 pada perlawanan pusingan pertama namun harapan mereka untuk melakukan kejutan di Munich hancur apabila Lewandowski menjaringkan tiga gol dengan dua darinya menerusi sepakan penalti untuk membawa kelab Jerman itu ke suku akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Mac 2022 @ 7:43 AM