Pemain Inter, Stefano Sensi (kanan) meledak gol kemenangan pada saingan Piala Itali. FOTO EPA
Pemain Inter, Stefano Sensi (kanan) meledak gol kemenangan pada saingan Piala Itali. FOTO EPA
AFP

Milan: Inter Milan mara ke suku akhir Piala Itali selepas kemenangan 3-2 pada masa tambahan ke atas Empoli yang hampir mencipta kejutan untuk mara dalam kelompok lapan terakhir.

Skuad kendalian Simone Inzaghi akan berdepan sama ada Roma atau Lecce, yang akan melengkapkan jadual perlawanan kelompok 16 terakhir di Stadio Olimpico, awal pagi esok.

Empoli yang sebelum ini pernah mencatat kemenangan ke atas Juventus dan Napoli sejak kembali ke liga utama dari Serie B mempamerkan aksi menarik di San Siro.

Empoli bangkit daripada ketinggalan menerusi tandukan, Alexis Sanchez dengan gol kedua menerusi usaha dilakukan Nedim Bajrami menyebabkan mereka mendahului menerusi jaringan sendiri penjaga gol muda Inter, Ionut Radu.

Bagaimanapun, Andrea Ranocchia membawa saingan ditentukan menerusi tambahan masa selepas meledak gol menerusi sepakan gunting pada minit akhir perlawanan.

Percubaan Sanchez yang hampir mengesahkan kemenangan di hujung babak perlawanan pula dinafikan selepas didapati berada dalam kedudukan ofsaid.

Stefano Sensi muncul wira tuan rumah selepas meledak jaringan menarik pada minit ke 104 yang membolehkan kemenangan berpihak kepada pasukan pilihan, Inter.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 January 2022 @ 9:00 AM