RONALDO mahu meninggalkan Man United. FOTO EPA
RONALDO mahu meninggalkan Man United. FOTO EPA
Agensi

London: Cristiano Ronaldo diberi amaran untuk menjaga mulutnya selepas dilaporkan memberi kata dua kepada Manchester United berhubung pelantikan pengurus tetap baharu.

Selepas Ole Gunnar Solskjaer dipecat, Ralf Rangnick dilantik selaku pengurus sementara sehingga hujung musim ini namun United berdepan tekanan serius daripada Ronaldo yang mahukan pengurus tetap bagi menggantikan Solskjaer.

Menurut Daily Star, Ronaldo sedang mempertimbangkan masa depannya dan mungkin akan meninggalkan Old Trafford jika dia tidak gembira dengan pelantikan pengurus United seterusnya.

Sikap Ronaldo itu mencetuskan kemarahan bekas pemain antarabangsa England, Trevor Sinclair yang secara terbuka mengecam bintang berusia 36 tahun itu.

Sinclair memberitahu Ronaldo supaya menjaga mulutnya selepas terdapat laporan menyatakan dia mahu berhijrah pada jendela perpindahan pemain.

"Saya mula merasakan Manchester City juga tidak mahu lagi mendapatkan Cristiano.

"Anda lihat pemain yang sedang bergelut dengan prestasi di Manchester United seperti Sancho dan Rashford. Mereka bergelut untuk mendapatkan prestasi terbaik.

"Jaga mulut anda kerana kadangkala itulah perkara terbaik untuk dilakukan. Ronaldo menyebabkan banyak masalah kepada kelab.

"Bukan saja kurang menjaringkan gol sejak kebelakangan ini, tetapi dia harus menerima hakikat Ole sudah tiada dan Michael pula menggugurkannya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 January 2022 @ 12:09 PM