BUFFON beremosi kembali ke Itali pada aksi UCL menentang Napoli. FOTO/AFP
BUFFON beremosi kembali ke Itali pada aksi UCL menentang Napoli. FOTO/AFP
AFP

NAPLES, Itali: Penjaga gol veteran Itali, Gianluigi Buffon menyifatkan penampilan pertamanya bersama Paris Saint Germain menentang Napoli di Itali dalam saingan Liga Juara-Juara, awal pagi esok seperti ‘kejutan elektrik’ buat dirinya.

“Saya tahu mengenai Stadium San Paolo dengan baik dan saya tahu perasaan antara pasukan dengan penyokong di sana.

“Dapat kembali beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara selepas dalam perlawanan yang cukup penting di Itali dan Naples adalah satu kejutan besar untuk saya.

“Ia penuh emosi. Jika saya memilih untuk bermain pada usia 40 tahun, ia kerana bola sepak memberikan kamu emosi seolah-olah tiada perkara lain. Saya cukup bertuah dapat kembali ke Itali menentang Napoli dalam saingan Liga Juara-Juara,” kata Buffon.

Buffon sebelum ini digantung dalam tiga perlawanan pembukaan bersama PSG dalam saingan Liga Juara-Juara susulan tingkah laku dan komen yang dibuatnya ke atas pengadil ketika Juventus tewas kepada Real Madrid pada aksi suku akhir, April lalu. – AFP

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 November 2018 @ 10:12 AM