JESUS tercedera ketika menentang Watford.
JESUS tercedera ketika menentang Watford.
Agensi

London: Pep Guardiola berharap kecederaan Gabriel Jesus tidak serius dan dapat beraksi ketika Manchester City menentang RB Leipzig dalam saingan Liga Juara-Juara pada Rabu ini.

Manchester City muncul pendahulu Liga Perdana selepas menewaskan Watford 3-1 di Vicarage Road semalam.

Jaringan awal Raheem Sterling disusuli dua lagi gol Bernardo Silva membolehkan City meraih tiga mata mengatasi Chelsea yang tewas kepada West Ham United.

City mengekalkan momentum kemenangan sejak bulan lalu dan kini tampak mampu mengekalkan posisi mereka ketika mengharungi jadual padat musim sejuk.

Sesuatu yang membimbangkan City ialah keadaan Gabriel Jesus. Pemain Brazil itu terpaksa mendapatkan rawatan di luar padang selepas dikasari pemain Watford, Craig Cathcart.

Bercakap kepada Sky Sports, pengurus Pep Guardiola ditanya mengenai keadaan terkini Jesus sama ada dia boleh bersama skuad untuk aksi Liga Juara-Juara pada Rabu ini.

"Saya berharap ia hanyalah kecederaan ringan di bahagian buku lalinya dan boleh beraksi di Jerman (menentang RB Leipzig)," kata Guardiola yang sekali gus meredakan kerisauan penyokong City mengenai keadaan Jesus.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Disember 2021 @ 2:19 PM