Penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika aksi Liga Juara-Juara menentang Villarreal. FOTO AFP
Penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika aksi Liga Juara-Juara menentang Villarreal. FOTO AFP
AFP

Paris: Manchester United mengesahkan tempat dalam kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara ketika Cristiano Ronaldo menjaringkan gol untuk membantu kemenangan 2-0 ke atas Villarreal, pagi ini.

Juara Eropah tiga kali, United mengharungi perlawanan pertama sejak memecat Ole Gunnar Solskjaer, memerlukan kemenangan untuk mengesahkan kedudukan di dua tempat teratas Kumpulan F.

Bagaimanapun mereka berdepan tekanan besar kerana kekalahan boleh memusnahkan impian itu.

David de Gea melakukan dua aksi hebat menyelamatkan United dan Michael Carrick yang mengemudi pasukan, mengambil kelebihan hasil jaringan Ronaldo pada minit ke-78.

Jadon Sancho, yang menjadi pemain sering dikritik sejak perpindahan besar dari Borussia Dortmund pada penamat musim, menampilkan persembahan individu baik dengan gol pertamanya buat kelab tidak lama selepas itu.

"Ia bukanlah keputusan yang penting buat saya secara peribadi. Ia penting buat pemain dan kelab," kata Carrick.

Jaringan Ronaldo adalah yang ke-799 dalam kariernya, ke-140 dalam Liga Juara-Juara dan keenam dalam kejohanan tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 November 2021 @ 7:51 AM