MESSI (kiri) dan Neymar menjalani latihan bersama-sama di PSG. FOTO AFP
MESSI (kiri) dan Neymar menjalani latihan bersama-sama di PSG. FOTO AFP
AFP

Brasília: Neymar akan bertemu rakan sepasukan baharunya, Lionel Messi selepas namanya disenaraikan dalam skuad Brazil untuk tiga aksi kempen kelayakan Piala Dunia.

Jurulatih, Tite turut memanggil enam pemain daripada skuad yang mengekalkan pingat emas Olimpik dengan menewaskan Sepanyol pada 7 Ogos lalu.

Dani Alves, yang mengetuai pasukan Olimpik, akan disertai oleh Matheus Cunha yang menjaringkan gol pada aksi final; Richarlison selaku penjaring terbanyak di Jepun, Bruno Guimaraes, Guilherme Arana dan Claudinho.

Brazil mendahului 10 pasukan kempen kelayakan Piala Dunia Afrika Selatan selepas enam perlawanan dan akan berdepan minggu yang sibuk selepas dua pusingan terpaksa ditangguhkan pada Mac lalu berikutan pandemik Covid-19.

Brazil akan berkunjung ke Santiago untuk bertemu Chile pada 2 September dan kemudian bertemu Argentina di Sao Paulo tiga hari selepas itu sebelum berkunjung ke Pernambuco untuk bertemu Peru pada 9 September.

Sejak Mac lalu, Argentina sudah menewaskan Brazil pada final Copa America, Julai lalu di Maracana dan kapten Argentina, Messi kemudian meninggalkan Barcelona untuk menyertai Neymar di Paris Saint-Germain (PSG).

Skuad bimbingan Tite setakat ini sudah memenangi kesemua enam perlawanan dan hanya dibolosi dua gol.

Namun Brazil dilihat bergelut untuk menjaringkan gol pada aksi kalah mati di Copa America.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Ogos 2021 @ 8:59 AM