MAC Allister yang tersisih ketika menentang United dijangka beraksi menentang West Ham.
MAC Allister yang tersisih ketika menentang United dijangka beraksi menentang West Ham.
Agensi

London: Liverpool menerima kunjungan pencabar Liga Perdana Inggeris (EPL) West Ham United dalam aksi getir suku akhir Piala Liga pagi Khamis ini.

Reds menang 2-1 di Bournemouth pada pusingan 16 hasil jaringan Cody Gakpo dan Darwin Nunez.

Liverpool turut berharap memecahkan rekod mereka sendiri dengan sembilan gelaran Piala Liga dan bertekad muncul kelab pertama menjulang trofi kali ke-10.

Skuad Jurgen Klopp berada pada prestasi terbaik musim ini selepas hanya tewas sekali serta masih kebal di tempat sendiri.

West Ham pula menempah tiket ke suku akhir selepas mengejutkan Arsenal 3-1 bulan lalu dan mereka bertandang ke Anfield dengan semangat membara selepas menewaskan Wolves 3-0 Ahad lalu.

Pemain ditandatangani Liverpool pada musim panas Ryan Gravenberch tidak dapat beraksi selepas mengalami kecederaan ketika mereka seri 0-0 dengan Manchester United kelmarin.

Alexis Mac Allister yang turut tersisih ketika menentang United dijangka tampil beraksi menentang West Ham manakala Diogo Jota, Andy Robertson, Thiago, Joel Matip dan Stefan Bajcetic masih tidak dapat diturunkan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Disember 2023 @ 9:12 PM