Tonggak naturalisasi negara, Lidiron Krasniqi pernah beraksi di Liga Thailand.
Tonggak naturalisasi negara, Lidiron Krasniqi pernah beraksi di Liga Thailand.
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Benarkah destinasi tonggak naturalisasi negara, Lidiron Krasniqi selepas ini Liga India?

Itu persoalan yang timbul selepas viral di laman sosial mengaitkan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu bakal membuat kemunculan di Liga Super India selepas ini.

Liridon, 29, yang sebelum ini dipinjamkan ke kelab A-League, Newcastle Jets mengakhiri tempoh pinjaman itu pada 30 Jun lalu dan ketika ini pemain tengah Harimau Malaya itu hanya menjalani latihan sendiri.

Biarpun sebelum ini pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pernah mengakui akan meminjamkan Liridon dengan sebuah kelab di Liga Thailand, namun sehingga kini masih belum ada sebarang tawaran rasmi dari kelab negara jiran itu.

Malah, tarikh tutup jendela perpindahan pertama Liga Thailand juga hampir tutup pada 17 Ogos ini.

Ura-ura ke India itu turut dikongsikan oleh media di India apabila mengesahkan seorang pemain dari Malaysia bakal beraksi dalam saingan liga negara itu bagi mengisi kuota pemain import Asia.

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi sama ada dari pihak JDT, Liridon mahupun kelab yang bakal meminjamnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Ogos 2021 @ 9:16 PM