RODRIGUEZ meraikan jaringannya. FOTO AFP
RODRIGUEZ meraikan jaringannya. FOTO AFP
AFP

Brasilia: Guido Rodriguez menjaringkan gol tunggal ketika Argentina menewaskan seteru setempat, Uruguay 1-0 pada perlawanan yang hambar di kempen Copa America, hari ini.

Kemenangan itu menyaksikan Argentina menduduki tangga teratas Kumpulan A dengan mengumpul empat mata bersama-sama Chile manakala Uruguay masih gagal mengutip mata.

Kedua-dua pasukan beraksi pada perlawanan antarabangsa pertama mereka di luar United Kingdom dan sudah seringkali bertemu berbanding seteru utama lain.

Pemenang Balon d'Or sebanyak enam kali, Lionel Messi mempunyai peluang awal namun cubaannya berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Uruguay, Fernando Muslera.

Argentina di depan pada minit ke-13 selepas Rodriguez menanduk masuk hantaran cantik Messi.

Tersentak dengan jaringan itu, Uruguay mula memperkemaskan rentak permainan namun Argentina juga tidak memperlahankan serangan mereka.

Di sebalik menguasai perlawanan, Uruguay gagal menguji kemampuan sebenar penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez.

Meskipun diperkuatkan dengan Luis Suarez dan Edinson Cavani di jentera serangan, Uruguay masih bergelut untuk mencipta peluang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Jun 2021 @ 10:48 AM