HJULMAND  (tengah) memberi arahan kepada pemainnya ketika sesi latihan di   Elsinore, Denmark. FOTO EPA
HJULMAND (tengah) memberi arahan kepada pemainnya ketika sesi latihan di Elsinore, Denmark. FOTO EPA
AFP

Paris: Denmark melayan kunjungan pasukan nombor satu dunia, Belgium di Euro 2020 tengah malam ini dengan insiden menimpa Christian Eriksen masih lagi menghantui mereka manakala Belgium pula boleh mengesahkan tempat ke peringkat 16 terakhir.

Lima hari selepas Eriksen diberi rawatan kecemasan selepas pengsan di Stadium Parken Copenhagen, Denmark menentang pendahulu Kumpulan B, Belgium selepas tewas tipis 0-1 kepada Finland.

"Pastinya sangat emosi kembali ke Parken. Kami menjangkakan sokongan padu daripada penyokong dan seluruh negara,'' kata pengendali Denmark, Kasper Hjulmand.

"Kami perlu bersiap sedia dan menggunakan tenaga ini dengan cara positif.''

Penyokong Denmark akan bertepuk tangan selama 10 minit sebagai tanda sokongan kepada Eriksen yang masih dirawat di hospital berhampiran selepas disyaki mengalami serangan jantung pada aksi pembukaan pasukannya.

"Sesuatu yang gila apabila hospital tempat Christian dirawat tidak jauh dari sini. Dia boleh melihat stadium dan mungkin mendengar sorakan penonton di sini,'' kata Hjulmand.

Belgium pula yang akan mara ke peringkat kalah mati jika menang mempunyai Kevin De Bruyne dalam skuad utama selepas pulih kecederaan muka dialami pada final Liga Juara-Juara bulan lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Jun 2021 @ 10:37 AM