BENZEMA gagal menyempurnakan sepakan penalti pada penampilan pertama sejak 6 September lalu. FOTO AP
BENZEMA gagal menyempurnakan sepakan penalti pada penampilan pertama sejak 6 September lalu. FOTO AP
AFP

Madrid: Karim Benzema gagal menyempurnakan sepakan penalti pada ketika Real Madrid tercicir daripada tangga teratas La Liga apabila seri 1-1 dengan Osasuna, semalam.

Dalam perlawanan lain, Real Sociedad menang 5-3 di Girona manakala Real Betis tewas 0-1 di Celta Vigo.

Selepas Barcelona menewaskan Real Mallorca pada Sabtu, Madrid sedar mereka perlu menang untuk berada di tangga teratas liga, tetapi dikecewakan dengan persembahan tersusun anak buah Jagoba Arrasate di Santiago Bernabeu.

Benzema yang kembali semula bersama pasukan selepas kecederaan, berjaya mendapatkan penalti, tetapi sepakannya terkena palang dan turut mendapati satu jaringannya dibatalkan kerana ofside.

Vinicius Junior meletakkan Madrid di depan sebelum rehat, tetapi tandukan Kike Garcia pada awal babak kedua memastikan Osasuna pulang dengan satu mata.

"Apa yang kami gagal adalah menyempurnakan sepakan penalti itu dan biasanya Karim boleh jurulatih Madrid, Carlo Ancelotti kepada DAZN.

"Dia tiada masalah bermain sepanjang 90 minit. Dia berehat selama sebulan dan perlu mengambil masa untuk kembali kepada prestasi terbaiknya. Dia memainkan peranannya, mendapat peluang menerusi penalti, tetapi ini adalah kemalangan dan kadang-kala berlaku."

Dalam satu perhimpunan pada pagi Ahad, Presiden Real Madrid, Florentino Perez memberitahu penyokong bahawa projek Liga Super Eropah cukup penting, tetapi prestasi Osasuna menunjukkan saingan domestik tetap mencabar.

Benzema membuat penampilan pertama sejak 6 September manakala Andriy Lunin dan Dani Ceballos berada dalam kesebelasan utama menggantikan dua pemain yang cedera, Thibaut Courtois dan Luka Modric.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Oktober 2022 @ 9:36 AM