Pemain Burnley, Ashley Westwood (tengah) meraikan jaringan berdepan Fulham pada aksi Liga Perdana pagi ini. FOTO Agensi
Pemain Burnley, Ashley Westwood (tengah) meraikan jaringan berdepan Fulham pada aksi Liga Perdana pagi ini. FOTO Agensi
AFP

London: Fulham tersingkir dari saingan Liga Perdana selepas tewas 0-2 ke atas Burnley di laman sendiri pagi ini.

Kemenangan itu melegakan skuad Clarets yang akan kekal dalam liga utama Inggeris itu.

Kelab London, Fulham akan menyertai West Bromwich Albion dan Sheffield United yang sudah lebih awal terjerumus ke saingan bahagian dua kejuaraan musim depan.

Fulham perlu mengelakkan kekalahan di Craven Cottage untuk mengekalkan peluang tipis terus berada dalam liga.

Tetapi gol babak pertama daripada pemain Burnley, Ashley Westwood dan Chris Wood menyukarkan peluang mereka untuk kekal bersaing.

Kekalahan Fulham bermakna kesemua tiga tempat bagi penyingkiran sudah ditentukan dengan hanya berbaki tiga perlawanan sekali gus memastikan tiada drama di hari terakhir bagi pasukan yang terbabit penyingkiran.

"Kami sudah berusaha tetapi ia langsung tidak menyembunyikan kekecewaan, keperitan dan kesedihan yang saya rasakan malam ini," kata pengurus Fulham, Scott Parker.

"Ia tidak dapat dielakkan sekarang. Saya terkilan.

"Malam ini adalah bagaimana musim seperti sudah berlalu. Di antara dua kotak, kami melakukannya dengan sangat baik.

"Perbezaannya adalah bertahan dengan dua gol yang kami akui adalah buruk. Malah pada saat terakhir ketika anda perlu menjaringkan gol dan membuat keputusan yang baik, kami tidak memilikinya."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Mei 2021 @ 7:09 AM