WILLIAN meraikan kejayaannya menyempurnakan penalti. -FOTO Reuters
WILLIAN meraikan kejayaannya menyempurnakan penalti. -FOTO Reuters
AFP

London: Willian menyempurnakan dua gol menerusi sepakan penalti menyaksikan Fulham menewaskan Wolves 3-2 untuk mencatat kemenangan pertama Liga Perdana sejak awal Oktober dan melebarkan jurang kepada 10 mata di atas zon penyingkiran.

Anak-anak buah Marco Silva dikejutkan pelawat dua kali di Craven Cottage tetapi aksi sempurna pemain sayap Brazil, Willian yang tidak melakukan kesilapan pada masa kecederaan membawa kepada kemenangan.

Silva berkata selepas kemenangan ke atas Wolves: "Kemenangan ini sangat penting bagi kami. Selepas kekalahan berturut-turut yang sangat sukar, ini sesuatu yang tidak biasa berlaku dan kali pertama musim ini.

"Kami mahu meminimumkan kesilapan kerana jika kami melakukan perkara yang betul, merancang permainan dan strategi maka kami adalah pasukan yang sukar untuk ditentang.

"Kami memulakan permainan dengan sangat baik dan itulah Fulham yang sangat saya mahu lihat - kualiti, ketajaman.

"Pemain menunjukkan semangat untuk menang dan menjaringkan gol, mendahului 2-1 dan kemudian untuk 3-2. Kami berhak mendapatnya tiga mata," katanya.

Fulham memulakan perlawanan dengan cemerlang dan mendahului pada minit ketujuh hasil jaringan dari di sebelah kiri.

Willian menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan daripada sepakan penalti di penghujung perlawanan yang penuh dengan kontroversi menyaksikan tiga sepakan penalti diberikan.

Ketika kedudukan 2-2 pengadil Michael Salisbury menghadiahkan penalti ketiga perlawanan selepas semakan VAR.

Fulham bernasib baik apabila mendapat manfaat daripada satu lagi sepakan penalti lewat perlawanan untuk meraih tiga mata.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 November 2023 @ 7:17 AM