Pemain pertahanan Bayern Munich dari Austria, David Alaba (dua kiri) beraksi ketika menentang Leverkusen dalam saingan Bundesliga. FOTO AFP
Pemain pertahanan Bayern Munich dari Austria, David Alaba (dua kiri) beraksi ketika menentang Leverkusen dalam saingan Bundesliga. FOTO AFP
AFP

Berlin: Pertahanan Austria, David Alaba akan menyertai Real Madrid pada penghujung musim ini dengan perpindahan percuma apabila kontrak bersama Bayern Munich tamat, menurut beberapa laporan hari ini.

Sky mendakwa pemain berusia 28 tahun itu, yang memenangi dua gelaran Liga Juara-Juara bersama Bayern, akan menandatangani kontrak perjanjian lima tahun bersama Real selepas menghabiskan masa sepanjang 13 tahun di Munich.

Alaba beraksi ketika pasukannya mencatat kemenangan 2-0 di laman sendiri menentang Leverkusen hari ini yang menyaksikan Bayern mendahului selesa 10 mata di puncak Bundesliga.

Bayern boleh dimahkotakan juara Bundesliga buat musim kesembilan berturut-turut di Mainz pada, Sabtu ini.

Melakukan 428 penampilan buat Bayern, Alaba dalam usaha merangkul gelaran Bundesliga ke-10 bersama juara kelab dunia itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 April 2021 @ 8:36 AM