PEMAIN tengah Hakim Ziyech (kiri) meraikan kejayaan meledakkan gol bersama penyerang Timo Werner (kanan). FOTO AFP
PEMAIN tengah Hakim Ziyech (kiri) meraikan kejayaan meledakkan gol bersama penyerang Timo Werner (kanan). FOTO AFP
AFP

London: Chelsea meranapkan impian Manchester City untuk melakarkan sejarah merangkul empat trofi kejuaraan apabila jaringan Hakim Ziyech membawa The Blues mara ke final Piala FA.

Lebih malang buat City apabila mereka turut kehilangan Kevin De Bruyne yang mengalami kecederaan buku lalu menjelang final Piala Liga yang mana mereka akan menentang Tottenham dan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara bertemu Paris Saint-Germain.

Chelsea sekali lagi beraksi cemerlang untuk melakar kemenangan di bahawa kendalian Thomas Tuchel dan menjadi pasukan pilihan untuk menjulang trofi pertama dalam bola sepak Inggeris apabila bertemu Leicester atau Southampton pada 15 Mei ini.

"Ia satu persembahan yang sangat hebat. Saya sangat gembira dan bangga.

"Kami mengambil peluang untuk tampil pada tahap tertinggi dan membuktikan siapakah kami. Anda hanya boleh menang ke atas City jika semua berada di tahap tertinggi," kata Tuchel yang hanya tewas dua kali dari 19 perlawanan sejak mengambil alih tugas Frank Lampard pada Januari.

Malah Tuchel turut berpeluang meraih hadiah terbesar di Liga Juara-Juara hanya selepas lima bulan mengendali Chelsea.

Chelsea dan City mampu bertembung sekali lagi pada final Liga Juara-Juara di Istanbul bulan depan sekiranya masing-masing lolos aksi separuh akhir bertemu Real Madrid dan PSG.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 April 2021 @ 8:10 AM