CHELSEA terus konsisten dan memulakan musim baru dengan meraih kejuaraan Piala Super UEFA. FOTO AFP
CHELSEA terus konsisten dan memulakan musim baru dengan meraih kejuaraan Piala Super UEFA. FOTO AFP
Agensi

London: Rio Ferdinand percaya Chelsea mampu memberi tentangan kepada Manchester City bagi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Muncul juara Liga Juara-Juara musim lalu, Chelsea menambah satu lagi trofi selepas menumpaskan Villarreal dengan penentuan penalti untuk muncul juara Piala Super UEFA.

Romelu Lukaku pula bersedia menyertai mereka dari Inter Milan dan Ferdinand memuji dengan mentaliti kemenangan yang dipamerkan skuad Thomas Tuchel.

Ferdinand menekankan impak yang dilakukan Tuchel, membuatkan Chelsea diletakkan harapan untuk lebih berjaya.

"Perbezaan ketara mereka musim ini membuatkan kita meletakkan harapan tinggi kepada mereka. Mereka tidak diletakkan harapan musim lalu, tapi sekarang kerana mereka sudah memenangi dua trofi, Liga Juara-Juara dan Piala Super UEFA.

"Mentaliti kemenangan yang kita sedang perkatakan sekarang, anda sudah dapat melihatnya sekarang. Weujud semangat berpasukan yang tinggi dalam pasukan berkenaan. Pasukan ini sekarang dijangka dapat bersaing di EPL dan beberapa lagi kejohanan utama," katanya.

Chelsea menamatkan saingan EPL di tempat keempat musim lalu, kurang 19 mata di belakang City.

Eni Aluko berkata, dengan menandatangani Lukaku ia akan memberikan Chelsea peluang untuk merebut kejuaraan liga terutama jika City gagal membawa masuk Harry Kane.

"Bagi saya Lukaku bakal memainkan peranan besar. City masih lagi tercari-cari pemain untuk bahagian serangan. Ia kelebihan yang dimiliki Chelsea. Jika Kane tidak hadir, saya meletakkan Chelsea sebagai calon utama," katanya.

Chelsea muncul juara Piala Super UEFA selepas menumpaskan Villarreal menerusi penentuan penalti, tatkala kedua-dua pasukan terikat 1-1 hingga ke masa tambahan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Ogos 2021 @ 12:27 PM