Penyerang Alexandre Lacazette (dua dari kiri) meraikan kejayaan meledakkan gol bersama rakan pasukan. FOTO AFP
Penyerang Alexandre Lacazette (dua dari kiri) meraikan kejayaan meledakkan gol bersama rakan pasukan. FOTO AFP
AFP

Prague: Arsenal meledakkan tiga gol dalam masa enam minit pada separuh masa pertama untuk melangkah ke separuh akhir Liga Europa selepas menewaskan pasukan tuan rumah, Slavia 4-0 semalam.

Nicolas Pepe, Alexandre Lacazette dan Bukayo Saka masing-masing meletakkan nama sebagai penjaring di antara minit ke-18 dan 24 manakala Lacazette menambah satu lagi gol pada babak kedua untuk melengkapkan kemenangan dengan agregat 5-1.

Arsenal akan berdepan Villarreal di separuh akhir yang akan berlangsung 29 April.

The Gunners perlu menang Liga Europa untuk layak beraksi di Liga Juara-Juara musim depan yang mana mereka ketika ini menduduki tempat ke sembilan Liga Perdana.

"Senang bila melihat pendekatan mereka bermain dan bagaimana beraninya mereka," kata pengurus Arsenal Mikel Arteta yang mengambil contoh corak permainan yang diperlukan untuk menang dalam aksi Europa.

"Permainan diputuskan dalam kedua-dua kotak dan kami kejam di kedua-dua kotak hari ini. Kami mengekalkan kemenangan bersih, menjaringkan empat gol dan kami boleh mendapatkan lebih banyak lagi.

Pepe membuka gol pertama dengan menewaskan penjaga gawang Slavia, Ondrej Kolar dari jarak dekat.

Lacazette menambah gol kedua selepas dihadiahkan sepakan penalti tiga minit selepas pemain tengah Slavia Jakub Hromada menjatuhkan Saka di dalam kotak.

"Ia satu yang menakjubkan daripada mula hingga tamat perlawanan," kat Saka.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 April 2021 @ 6:43 AM