AKSI Werner gagal menyengat. FOTO Agensi
AKSI Werner gagal menyengat. FOTO Agensi
Agensi

London: Bos Chelsea, Thomas Tuchel menasihatkan Timo Werner untuk tidak 'bimbang' atau 'terlalu memikirkan' menjaringkan gol.

Penyerang itu meledakkan dua gol dari 31 perlawanan untuk kelab dan negara terlepas peluang keemasan menjaringkan gol buat Jerman ketika tewas kepada Macedonia Rabu lalu.

Tuchel menyatakan isu Werner itu sama seperti perihal untuk mengajak wanita keluar bertemu janji berkata: "Anda tidak boleh memaksa dia, anda perlu undur sedikit ke belakang dan mungkin dia akan menghubungi anda.

"Jadi apa yang diinginkan akan datang."

"Jangan terlalu memikirkannya. Sangat mudah untuk saya mengatakannya kerana kami tidak berada di luar sana dan setiap orang menunding jari kepadanya tapi itulah cabaran yang perlu dihadapi ketika ini."

Werner menyertai Chelsea dari skuad Jerman, RB Leipzig dengan nilai perpindahan £47.5 juta (RM272.04 juta) pada Jun lalu menjaringkan 34 gol dari 45 perlawanan ketika kempen 2019-20.

Rekodnya masih kekal dengan 10 dalam 39 perlawanan untuk Chelsea dalam setiap pertandingan namun gagal menemui sentuhan penyudah sejak pasukan itu menang 2-0 ke atas Newcastle pada 15 Februari dan kini 10 perlawanan tanpa sebarang gol untuk kelab dan negara.

Selepas apa yang berlaku pada pertengahan minggu, dia direhatkan daripada latihan tambahan oleh Tuchel Khamis lalu .

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 April 2021 @ 9:04 AM