HENDERSON bergelut dengan masa untuk pulih daripada kecederaan. FOTO EPA
HENDERSON bergelut dengan masa untuk pulih daripada kecederaan. FOTO EPA
Agensi

London: Gareth Southgate berkata Jordan Henderson berdepan kekangan masa untuk cergas sepenuhnya bagi menghadapi saingan Euro.

Pemain tengah England itu bergelut untuk beraksi bersama Liverpool sehingga hujung musim ini selepas menjalani pembedahan pangkal paha bulan lalu.

Southgate yang juga pengurus England berkata: "Kami hanya boleh katakan Hendo sendiri sangat optimis mengenai proses pembedahan itu serta pandangan pakar kepadanya kemungkinan yang akan berlaku.

"Bagaimanapun kami faham dengan tahap kecederaan itu, pastinya ia memerlukan masa untuk pulih.

"Sama-sama kita nantikan apakah yang akan berlaku seterusnya.

"Dia sentiasa mahu beraksi. Kami juga memahami dia kurang aksi pada pentas tertinggi.

"Banyak yang perlu diambil kira tetapi keputusan itu hanya akan ditentukan dalam tempoh beberapa minggu lagi."

Henderson, 30, sudah melakukan 58 penampilan bersama England dan ketiadaannya pasti memberi impak besar.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Mac 2021 @ 2:54 PM