Penyerang Uruguay, Luis Suarez terlepas aksi berdepan Brazil dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia esok. FOTO AFP
Penyerang Uruguay, Luis Suarez terlepas aksi berdepan Brazil dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia esok. FOTO AFP
AFP

Montevideo: Bintang Uruguay, Luis Suarez diuji positif Covid-19 dan akan terlepas aksi perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Brazil, umum Persatuan Bolasepak Uruguay itu hari ini.

"Keputusan ujian awal yang dikeluarkan membabitkan semua pemain pasukan kebangsaan, dengan keputusan itu pemain seperti Luis Suarez (dan) Rodrigo Munoz dan pegawai, Matias Faral, didapati positif Covid-19," kata persatuan itu dalam satu kenyataan.

Ketiga-tiga mereka dalam "keadaan kesihatan yang baik", tambahnya.

Mereka menyertai pemain pertahanan, Matias Vina, yang diuji positif pada Sabtu selepas Uruguay mencatat kemenangan 3-0 ke atas Colombia di Barranquilla.

Uruguay dijadualkan melayan kunjungan Brazil di Montevideo pagi esok.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 November 2020 @ 7:01 AM