TORRENT dilihat kurang mempamerkan corak kurang agresif. FOTO AFP
TORRENT dilihat kurang mempamerkan corak kurang agresif. FOTO AFP
AFP

Rio de Janeiro: Penyandang juara Brazil dan Amerika Selatan, Flamengo berkata mereka sudah memecat jurulatih Domenec Torrent, selepas bekas pembantu Pep Guardiola itu mencatatkan dua kekalahan memalukan berturut-turut.

"Domenec Torrent dan staf kejurulatihan beliau tidak lagi akan menguruskan skuad utama kelab," kata Flamengo dalam Twitter.

Torrent, 58, dilantik Julai lalu menggantikan Jorge Jesus, yang membawa Flamengo meraih lima kejuaraan dalam tempoh setahun termasuk Copa Libertadores 2019 sebelum kembali ke negara kelahirannya untuk melatih Benfica.

Selepas permulaan memberangsangkan, Torrent berjaya membawa Flamengo untuk menduduki tempat ketiga dalam saingan divisyen satu di Brazil, satu mata di belakang pendahulu Internacional dan mara ke saingan 16 akhir Libertadores.

Bagaimanapun, peminat mengkritik corak kurang agresif pengendali dari Sepanyol itu dan mencatat beberapa siri kekalahan termasuk tumpas 0-5 ke atas kelab Ecuador, Independiente del Valle dalam saingan peringkat kumpulan Libertadores, kalah 1-4 kepada Sao Paulo awal bulan ini dan tumpas 0-4 di tangan Atletico Mineiro.

Jurulatih bawah 20 tahun Flamengo, Mauricio Souza, akan mengambil alih tugas Torrent sebagai jurulatih sementara.

Media Brazil menjangkakan bekas penjaga gol kebangsaan, Rogerio Ceni akan menjadi pengganti.

Ceni, beraksi dalam skuad Brazil yang muncul juara Piala Dunia 2002 dan memegang rekod sebagai penjaga gol banyak menjaringkan gol (131) dan sekarang ini melatih pasukan tangga ke-11, Fortaleza.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 November 2020 @ 12:14 PM