KLOPP merasakan gol Henderson pada masa kecederaan tidak ofsaid. FOTO AFP
KLOPP merasakan gol Henderson pada masa kecederaan tidak ofsaid. FOTO AFP
AFP

Liverpool: Jurgen Klopp terkesima kenapa jaringan Jordan Henderson pada masa kecederaan dibatalkan ketika berdepan Everton apabila Video Bantuan Pengadil (VAR) mengesahkan bahawa gol itu tidak dikira kerana ofsaid sekali gus menyaksikan mereka terikat 2-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Everton berjaya meneruskan rekod tanpa kalah sejak memulakan saingan EPL untuk kekal di tangga teratas dengan kelebihan tiga mata di puncak liga tatkala aksi antara kedua-dua pasukan dihimpit pelbagai keputusan kontroversi.

Jordan Pickford bernasib baik apabila terlepas daripada dilayangkan kad merah pada awal separuh masa pertama selepas melakukan terjahan keras terhadap Virgil Van Dijk, yang menyaksikan ketua pasukan Belanda itu dikeluarkan kerana mengalami kecederaan.

"Terdapat beberapa insiden dalam perlawanan. Bagaimanapun, salah satu yang menarik perhatian saya ialah gol Henderson dan saya tidak melihat apa yang dikatakan ofsaid. Daripada gambaran saya ia tidak ofsaid namun ia menjadi ofsaid apabila orang lain yang membuat keputusan," kata Klopp.

Sebelum ini Liverpool dibelasah Aston Villa 2-7 dalam aksi terakhir liga sebelum rehat untuk memberi laluan kepada aksi antarabangsa namun penyandang juara itu dilihat bermula dengan baik dan sudah memperbaiki kelemahan mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Oktober 2020 @ 12:24 AM