SAFAWI beraksi bersama kelab Portimonense SC.
SAFAWI beraksi bersama kelab Portimonense SC.
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid bakal berlepas ke Portugal malam ini bagi menyertai Liga Premier bersama kelab Portimonense SC.

Safawi yang baru saja membantu skuad Harimau Selatan menjuarai Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut malam tadi akan terus ke Kuala Lumpur bagi menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Dengan perkhabaran ini, Safawi akan muncul pemain kedua negara yang beraksi di liga utama Eropah selepas penyerang muda sensasi, Luqman Hakim Shamsuddin menyertai KV Kortrijk di Belgium Ogos lalu.

Saingan Premier yang sudah bermula pada 19 September lalu menyaksikan Portimonense SC kini menghuni tangga ke-15 daripada 18 pasukan dengan menghimpun satu mata daripada dua aksi setakat ini.

Kehadiran Safawi sememangnya ditagih bagi menajamkan jentera serangan kelab itu bagi memburu kemenangan pertama musim ini.

Untuk rekod, musim lalu Portimonense SC mengakhiri saingan musim lalu dengan berada di kedudukan ke-17 liga menerusi 33 mata selepas mengharungi 34 perlawanan dan pengurusnya adalah Antonio Folha.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Oktober 2020 @ 12:23 PM