KHAIRY dipilih sebagai Presiden Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan (PLBNS) bagi sesi 2020-2022.
KHAIRY dipilih sebagai Presiden Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan (PLBNS) bagi sesi 2020-2022.
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Jaguh pecut berbasikal negara, Mohd Harrif Salleh daripada pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) mengalu-alukan kehadiran bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairul Jamaluddin Abu Bakar sekiranya benar beliau berminat untuk bertanding jawatan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

Kehadiran Khairy pasti mampu membawa sinar baru dalam sukan berbasikal yang sebelum ini penuh dengan pelbagai kontroversi.

Menurut Harrif sebagai seorang yang pernah bergelar atlet dalam sukan polo, pastinya beliau mengetahui apa yang diinginkan oleh ahli sukan.

''Perkhabaran Khairy untuk bertanding jawatan presiden PKBM itu satu yang bagus. Beliau mempunyai latar belakang sukan dan seorang pemimpin yang dekat dengan atlet. Beliau tahu akan situasi atlet.

''Beliau pernah menjadi atlet jadi pastinya dia tahu kesusahan kami pernah lalu. Jadi saya amat berharap Khairy dapat membawa perubahan baru dalam pembangunan sukan berbasikal Malaysia sekiranya benar beliau ingin bertanding merebut jawatan presiden PKBM,'' katanya. Jawatan Presiden PKBM kini disandang Datuk Abu Samah Wahab yang menerajui badan induk selama 30 tahun dan menegaskan tidak akan mempertahankan jawatan itu pada pemilihan akan datang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 September 2020 @ 10:11 PM