Vitinha. FOTO Getty Images
Vitinha. FOTO Getty Images
AFP

WOLVES berjaya mendapatkan khidmat pemain tengah skuad kebangsaan bawah 21 tahun Portugal, Vitinha menerusi pinjaman selama semusim dari Porto dengan pilihan untuk membelinya secara tetap.

Vitinha, 20, membuat kemunculan pertama di Porto musim lalu ketika gergasi Portugal itu memenangi Liga Primeira dan Piala Portugal.

Perpindahan itu hadir sehari selepas kelab Liga Perdana itu mencatat rekod perpindahan kelab dengan menandatangani pemain muda, Fabio Silva sekitar 40 juta Euro (RM197 juta) juga dari Porto.

Pengerusi Eksekutif Wolves, Jeff Shi memberitahu laman rasmi kelab itu : "Vitinha adalah pembelian penting dan bakal menjadi tunjang kepada perancangan pembentukan pasukan kami pada musim panas ini.

"Dia sangat teruja dan bakat muda yang istimewa dengan kemampuan memiliki teknik dan kreatif. Dia menjadi pemain yang akan memberi pilihan baharu pada musim ini.

Wolves yang menamatkan saingan Liga Perdana musim lalu di tangga ketujuh bakal memulakan kempen 2020/21 berkunjung ke Sheffield United pada awal pagi Selasa ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 September 2020 @ 9:04 PM