NEYMAR (kanan) dan Di Maria dilaporkan positif Covid-19. FOTO AFP
NEYMAR (kanan) dan Di Maria dilaporkan positif Covid-19. FOTO AFP
AFP

TIGA pemain Paris Saint-Germain didapati positif Covid-19, umum kelab Perancis itu hari ini.

Menurut laporan media Perancis, antara mereka adalah bintang utama kelab itu, Neymar selepas dia pulang daripada bercuti di Ibiza.

Akhbar harian L'Equipe melaporkan Angel Di Maria dan Leandro Paredes juga dilaporkan positif virus itu selepas berkunjung ke lokasi sama.

"Tiga pemain Paris Saint-Germain disahkan positif Covid-19 dan kini tertakluk kepada protokol kesihatan yang sesuai," kata PSG dalam satu kenyataan.

"Kesemua pemain dan staf kejurulatihan akan meneruskan ujian dalam tempoh beberapa hari lagi."

Juara Perancis itu yang tewas kepada Bayern Munich pada final Liga Juara-Juara bulan lalu, pada Isnin mengumumkan dua pemain mengalami simptom Covid-19.

PSG akan memulakan aksi Ligue 1 di Lens pada 10 September.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 September 2020 @ 10:45 PM