GREALISH ketika beraksi bersama Villa. FOTO AFP
GREALISH ketika beraksi bersama Villa. FOTO AFP
AFP

PEMAIN tengah Aston Villa, Jack Grealish menerima panggilan kali pertama di dalam skuad England selepas Marcus Rashford dan Harry Winks diketepikan daripada saingan Liga Negara-Negara bertemu Iceland dan Denmark.

Grealish yang juga kapten Villa dipanggil ke dalam skuad bimbingan Gareth Southgate selepas mempamer prestasi cemerlang membantu kelabnya terselamat daripada zon penyingkiran.

Pengguguran bintang Manchester United, Rashford dan pemain tengah Tottenham, Winks menyaksikan Grealish bakal menggalas tugas ditinggalkan oleh rakan senegaranya itu.

Grealish yang dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United, sebelum ini mewakili skuad bawah 21 England dan menjadi salah seorang anggota pasukan yang memenangi kejohanan Toulon pada 2016.

Southgate sebelum ini sudah memanggil pertahanan Wolves, Conor Coady dan pemain tengah Arsenal, Ainsley Maitland-Niles selepas menggugurkan kapten Manchester United, Harry Maguire.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Ogos 2020 @ 11:24 PM