Lionel Messi. FOTO Agensi
Lionel Messi. FOTO Agensi
Agensi

INTER Milan mungkin sudah mula membuat percubaan untuk menandatangani Lionel Messi dari Barcelona, kata bekas presiden, Massimo Moratti.

The Nerazzurri menjadi salah sebuah kelab yang bakal mendapatkan khidmat bintang Argentina itu jika dia memilih untuk meninggalkan Camp Nou.

Messi dikatakan meluahkan hasrat untuk berhijrah selepas musim mengecewakan yang berakhir dengan kekalahan 8-2 kepada Bayern Munich dalam aksi Liga Juara-Juara.

Moratti menjawat jawatan presiden Inter di antara 1995 dan 2013, memikirkan iklan televisyen baru-baru ini oleh pemilik kelab Kumpulan Suning - memaparkan bayangan seakan Messi adalah tanda mereka semakin hampir untuk membawa pemain itu ke San Siro.

"Ia bukan perkara yang mudah daripada segi ekonomi, sudah pasti. Tetapi halangan terbesar adalah keinginan Messi itu sendiri," kata Moratti kepada AS.

"Anda harus faham jika dia benar-benar mahu tinggalkan Barca. Saya tidak dapat menerima perkara itu dengan jelas lagi.

"Saya bayangkan Inter sudah cuba untuk menandatanganinya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Ogos 2020 @ 3:12 PM